Selamat datang ke laman 'REKREASI MATEMATIK' - di sini terdapat permainan Matematik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran Matematik sekolah rendah. Murid sekolah rendah akan menggemari permainan di sini. Oleh itu, saya telah memastikan laman ini berada atas talian (online) - untuk guru dan ibu bapa seperti anda sekalian yang mempunyai banyak idea permainan Matematik yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Rekreasi Matematik akan membantu anda untuk memahami kepentingan konsep Matematik dengan hanya bisikan kalbu. Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.

Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah ibu bapa) atau murid (jika anda ialah guru) mesti diberi peluang iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Sekiranya, anda bersetuju dengan pendapat tersebut, maka anda telah menjumpai laman yang betul.

Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini! Saya percaya bahawa anak-anak (jika anda ialah ibu bapa) atau murid (jika anda ialah guru) seharusnya mempunyai peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik yang menyeronokkan. Jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut dan ingin memberi kanak-kanak tersebut peluang, anda telah menjumpai laman yang betul. Seterusnya anda akan menjumpai senarai semua jenis permainan Matematik yang terdapat dalam laman ini yang bersesuaian dengan kanak-kanak sekolah rendah.

Wednesday 23 November 2011

TEKA TEKI WANG

Abu nak beli baju yang berharga RM50.
Abu pinjam kat kawan "A" RM25 dan Abu pinjam kat kawan "B" RM25
so Abu pegi la nak beli baju tu.
masa Abu pegi. Abu tengok baju tu sale. harga turun. baju tu sekarang berharga RM45.
Abu bayar then Abu dapat baki RM5.
Abu bagi kawan "A" RM1 dan Abu bagi kawan "B" RM1.
Abu tinggal RM3.
Abu hutang kawan "A" RM24 dan Abu hutang kawan "B" RM24.
so Abu hutang RM48.
Abu ade RM3 sekarang.
RM48+RM3= RM51
kenapa boleh ada RM51? sedangkan Abu pinjam RM50?


Rama pulak nak beli baju yang berharga RM50.
Rama pinjam kat kawan "A" RM25 dan Rama pinjam kat kawan "B" RM25
so Rama pegi la nak beli baju tu.
masa Rama pergi. Rama lihat baju tu sale. harga turun. baju tu skarang berharga RM44.
Rama bayar then Rama dapat baki RM6.
Rama bagi kawan "A" RM2 dan Rama bagi kawan "B" RM2.
Rama tinggal RM2.
Rama hutang kawan "A" RM23 dan Rama hutang kawan "B" RM23.
so Rama hutang RM46.
Rama ade RM2 skarang.
RM46 + RM2 = RM48. mana lagi RM2?


Ah Lin nak beli baju yang berharga RM50.
Ah Lin pinjam kat kawan "A" RM25 dan Ah Lin pinjam kat kawan "B" RM25
so Ah Lin pergi la nak beli baju tu.
masa Ah Lin pegi. Ah Lin tengok baju tu sale. harga turun.
baju tu sekarang berharga RM47.
Ah Lin bayar then Ah Lin dapat baki RM3.
Ah Lin bagi kawan "A" RM1 dan Ah Lin bagi kawan "B" RM1.
Ah Lin tinggal RM1.
Ah Lin hutang kawan "A" RM24 dan Ah Lin hutang kawan "B" RM24.
so Ah Lin hutang RM48.
Ah Lin ade RM1 skarang.
RM48 + RM1 = RM49
kenapa jumlah duit jadi RM49? Ke mana hilang RM1?

Mengetahui umur dan nombor rumah

1. Lipat duakan nombor rumahnya
2. Tambahlah dengan 5
3. Kalikan dengan 50
4. Tambahlah dengan umurnya
5. Tambahlah dengan jumlah hari dalam tahun biasa
6. kurangi dengan 615
7. Angka di sebelah kanan menunjukkan umur orang dan angka di sebelah kiri adalah
nombor rumahnya

Contoh
Misalkan umur seorang 46 dan nombor rumahnya 29

1. Lipat duakan nombor rumahnya à 29 x 2 = 58
2. Tambahkan dengan 5 à 58 + 5 = 63
3. Kalikan dengan 50 à 63 x 50 = 3150
4. Tambahkan dengan umurnya à 3150 + 46 = 3196
5. Tambahkan dengan jumlah hari dalam tahun à 3196 + 365 = 3561
6. Kurangi dengan 615 à 3561 – 615 = 2946

Permainan angka

a) Mintalah seseorang untuk menuliskan sebarang nombor yang terdiri dari tiga angka,
dan angka-angka ini makin ke belakang makin mengecil.

b) Baliklah dan kurangkan

c) Baliklah hasilnya dan jumlahkan

d) Hasilnya akan selalu 1089

Contoh:

a) Tulis bilangan: 762

b) Dibalik 267

c) Dikurangkan 495

d) Dibalik 594

e) Dijumlah 1089

Cara mengetahui empat angka terakhir dari nombor telefon

a) Tentukan 60
b) Bagilah dengan 2
c) Tambahlah dengan empat angka terakhir dari nombor telefonmu
d) Kurangi dengan 25
e) Kalikan dengan 3
f) Kurangi dengan 15
g) Kalikan dengan 2
h) Bagilah dengan 6
i) Hasilnya adalah empat angka terakhir dari nombor telefonmu

Contoh:

Misal angka terakhir dari nombor telefonku 8546

1. tentukan à 60
2. Bagilah dengan 2 à 60:2 = 30
3. Tambahlah dengan empat angka telefonmu à30+8546 =8576
4. Kuranglah dengan 25 à 8576 – 25 = 8551
5. Kalikan dengan 3 à8551 x 3 = 25653
6. Kurangi dengan 15 à 25653-15 =25638
7. Kalikan dengan 2 à 25638 x 2 = 51276
8. Bagilah dengan 6 à 51276 : 6 = 8546