Selamat datang ke laman 'REKREASI MATEMATIK' - di sini terdapat permainan Matematik yang boleh digunakan dalam proses pengajaran Matematik sekolah rendah. Murid sekolah rendah akan menggemari permainan di sini. Oleh itu, saya telah memastikan laman ini berada atas talian (online) - untuk guru dan ibu bapa seperti anda sekalian yang mempunyai banyak idea permainan Matematik yang menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Rekreasi Matematik akan membantu anda untuk memahami kepentingan konsep Matematik dengan hanya bisikan kalbu. Nombor, bentuk, saiz, aritmetik, logik dan lain-lain. Pendek kata, proses pembelajaran kanak-kanak adalah paling optimum semasa mereka bermain.

Kanak-kanak tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan bermain permainan Matematik. Anak-anak anda (jika anda ialah ibu bapa) atau murid (jika anda ialah guru) mesti diberi peluang iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik sekolah rendah yang disediakan. Sekiranya, anda bersetuju dengan pendapat tersebut, maka anda telah menjumpai laman yang betul.

Kanak-kanak tidak perlu melepaskan peluang keemasan ini! Saya percaya bahawa anak-anak (jika anda ialah ibu bapa) atau murid (jika anda ialah guru) seharusnya mempunyai peluang yang sama seperti saya iaitu menjadikan minat Matematik berakar umbi dalam diri kanak-kanak melalui aktiviti permainan Matematik yang menyeronokkan. Jika anda bersetuju dengan pendapat tersebut dan ingin memberi kanak-kanak tersebut peluang, anda telah menjumpai laman yang betul. Seterusnya anda akan menjumpai senarai semua jenis permainan Matematik yang terdapat dalam laman ini yang bersesuaian dengan kanak-kanak sekolah rendah.

Wednesday 23 November 2011

Permainan angka

a) Mintalah seseorang untuk menuliskan sebarang nombor yang terdiri dari tiga angka,
dan angka-angka ini makin ke belakang makin mengecil.

b) Baliklah dan kurangkan

c) Baliklah hasilnya dan jumlahkan

d) Hasilnya akan selalu 1089

Contoh:

a) Tulis bilangan: 762

b) Dibalik 267

c) Dikurangkan 495

d) Dibalik 594

e) Dijumlah 1089

No comments:

Post a Comment